Model planet Nuruddin_al-Bitruji

Al-Bitruji mencadangkan teori tentang pergerakan planet yang dalamnya dia berharap untuk mengelak epikitar dan eksentrik,[2] dan menggambarkan fenomena yang khusus bagi bintang yang bergerak, melalui putaran sebati sfera homosentrik. Ini adalah ubah suaian sistem pergerakan planet yang dicadangkan para pendahulunya, Ibn Bajjah dan Ibn Tufail. Beliau tidak berjaya menggantikan model planet Ptolemy, dengan ramalan nombor kedudukan planet dalam tatarajahnya kurang tepat berbanding model Ptolemy,[3] disebabkan kesukaran pemetaan model epikitar Ptolemy ke atas sfera bulatan sepusat Aristotle.

Ada pihak yang menyarankan bedasarkan terjemahan dalam bahasa Latin bahawa sistem beliau adalah kemaskini dan formulasi semula sistem Eudoxus dari Cnidus yang digabungkan dengan pergerakan bintang tetap yang dikembangkan al-Zarqālī. Bagaimana pun, tidak diketahui samada ahli kosmologi al-Andalus itu mempunyai capaian atau pengetahuan mengenai karya-karya Eudoxus.[1]

Salah satu aspek asli sistem al-Biṭrūjī adalah cadangan beliau mengenai sebab fizikal pergerakan cakerawala. Beliau menggabungkan idea "impetus" (pertama kali dicadangkan John Philoponus) dan konsep shawq ("desire"), oleh Abū al‐Barakāt al‐Baghdādī, untuk menjelaskan bagaimana tenaga dipindahkan dari penggerak pertama yang ditempatkan di dalam sfera ke-9 kepada sfera-sfera lain, yang menjelaskan kelajuan bolehubah dan pergerakan berbeza sfera-sfera lain. Beliau menyalahi idea Aristotle bahawa terdapat dinamik jenis tertentu bagi setiap alam, yang menggunakan sebagai ganti dinamik yang sama kepada subqamari dan alam cakerawala.[1]